Note untuk hari ini

Selasa, 11 Oktober 2011

SOALAN PENYELESAIAN MASALAH


MENUKAR MATA WANG ASING




Mata wang
Jualan
Belian
1 Dolar AS
3.825
3.775
1 Dolar Kanada
2.743
2.688
1 Euro
4.372
4.286
1 pound sterling
6.179
6.081

Sara mahu mendapatkan mata wang di atas dengan jumlah berikut:

Dolar AS                    = 170

Dolar Kanada           = 230

Euro                            = 150

Pound sterling           = 140



Berapakah jumlah ringgit Malaysia yg perlu disediakan oleh Sara ?



Jawapan

Darabkan jumlah setiap m/wang asing yg hendak dibeli dgn nilai jualan yg dikeluarkan oleh bank itu kepada kita.

Sebaliknya jika kita memiliki m/wang asing tersebut dan ingin menjualnya kepada bank, urusniaga itu akan dipanggil belian. Oleh itu,



Dolar AS                    = 170 X 3.825 = RM 650.25

Dolar Kanada           = 230 X 2.743 = RM 630.89

Euro                            = 150 X 4.372 = RM 655.80

Pound sterling           = 140 X 6.179 = RM 865.06

                                                              RM 2802.00

Katakanlah  Ahmad  yang baru pulang dari bercuti dari luar negara, dia ingin menukarkan mata wang asing yng dimiliki kepada  RM... berapakah nilai RM yang akan dimiliki Ahmad sekira mata wang yg dimiliki adalah spt berikut :

Dolar AS                    = 100

Dolar Kanada           = 1000

Euro                            = 100

Pound sterling           = 100







Jawapan

Dolar AS                    = 100   X 3.825 = RM  382.50

Dolar Kanada           = 1000 X 2.743 = RM 2743.00

Euro                            = 100   X 4.372 = RM  437.20

Pound sterling           = 100   X 6.179 = RM  617.90

                                                                 RM 4180.60



JARAK, LAJU, DAN MASA


1.      * Destinasi : Universiti Islam Antarabangsa (UIA),

* Cik M tinggal di bandar X yang jaraknya 290 km dari UIA
* Encik Y tinggal di bandar K yang jaraknya 155 km dari UIA
* Masa pendaftaran : 2.00 petang
* Andaian - Purata kelajuan kereta 100 km/j
Pada jam berapakah cik M dan Encik Y perlu bertolak supaya mereka tiba di UIA tepat pada waktu pendaftaran?



Jawapan 1
Sebelum menjawab bentuk soalan melibatkan jarak, masa, dan laju terlebih dahulu kita perlu tahu formula mengira jarak, masa, dan laju. Berikut ialah formula berkenaan: (pelajar sudah mempelajarinya dalam subjek sains semasa SPM)


Jarak (km) = Laju X Masa
Laju (kmj) = Jarak / Masa
Masa (jam) = Jarak / Laju


Jawapan Cik M
- Maklumat Cik M yang diberikan ialah jarak = 290 km dan kelajuan = 100 km/j. Jadi, kita perlu cari masa yang diperlukan oleh cik M.

Masa = Jarak / Laju
= 290 km / 100 kmj
= 2.9 jam @ 2 jam 54 minit
(Baki masa 0.9 jam perlu ditukarkan kepada minit. Jadi, 0.9 jam X 60 minit = 54 minit)

Untuk sampai ke masa pendaftaran jam 2.00 petang, Cik M perlu bertolak pada:
2.00 petang @ 14.00 (format 24 jam) - 2 jam 54 minit = 11.06 pagi

Jawapan Encik Y
- Maklumat En Y yang diberikan ialah jarak = 155 km dan kelajuan = 100 km/j. Jadi, kita perlu cari masa yang diperlukan oleh En. Y (sama seperti Cik M)

Masa = Jarak / Laju
= 155 km / 100 kmj
= 1.55 jam @ 1 jam 33 minit
(Baki masa 0.55 jam perlu ditukarkan kepada minit. Jadi, 0.55 jam X 60 minit = 33 minit)

Untuk sampai ke masa pendafaran jam 2.00 petang, En. Y perlu bertolak pada:
2.00 petang @ 14.00 (format 24 jam) - 1 jam 33 minit = 12.27 tengah hari.





PERATUS


2.      Tan Sui Eng menjual sebuah poster gambar dengan harga RM40. Tan Sui Eng mengalami kerugian sebanyak 20% dengan penjualan pada harga tersebut.

Berapakah harga beli poster tersebut?

A. RM40
B. RM50
C. RM60
D. RM70



Jawapan 2

TIPS : Soalan ini berkisar tajuk Peratusan di dalam matapelajaran Matematik yang telah pun semua pelajar pelajari. Tajuk peratusan amat popular di dalam topik penyelesaian masalah STPM ini.

Kaedah penyelesaian

Andaikan Harga Jual RM40 ialah 80%. Maka harga beli ialah 100%

Jadi :

80% = RM40
100% = (100/80) x RM40
= RM50




ANSURAN KENDERAAN


3.      Barangan : Kereta terpakai
Harga : RM43 500
Bayaran Pendahuluan : RM5500
Pinjaman bank : RM38 000
Cara bayaran : Ansuran
Tempoh pinjaman : 6 tahun
Kadar faedah tetap : 6.17% setahun

Hitung ansuran bulanan yang perlu dijelaskan.

Jawapan 3

Pinjaman bank + (Pinjaman bank X Kadar faedah tetap X Tempoh pinjaman)
Tempoh pinjaman (dalam bulan)

RM38 000 + (RM38 000 X 6.17% X 6 tahun)
6 tahun X 12 bulan

RM38 000 + RM14 067.6
72 bulan

RM52 067.6
72

RM723.16

nota: Pinjaman bank = Harga - Bayaran pendahuluan
(Gunakan formula ini hanya jika tidak diberikan nilai pinjaman bank)

Cara kiraan mudah menggunakan kalkulator saintifik ialah:
(38000+(38000 X 6.17/100X6))/72 = 723.16



PURATA


4.      Puan Ramlah ialah seorang pengurus Syarikat Ramjani. Beliau mula bertugas pada 1 Januari 2008. Beliau diberi gaji RM5300 sebulan. Tiga bulan kemudian, setelah disahkan, beliau menerima kenaikan RM500 sebulan. Usaha cemerlang beliau dihargai dengan kenaikan gaji sebanyak RM400 sebulan selepas 6 bulan.

Berapakah purata pendapatan bulanan Puan Ramlah pada tahun tersebut?
A. RM5258
B. RM5300
C. RM5775
D. RM5800



jawapan 4

TIPS:
Kehendak soalan : Pengiraan Purata Sebulan
*NOTA : Soalan PURATA seringkali keluar di dalam peperiksaan STPM. Jadi calon perlu hafal formulanya.


Formula :

PURATA = Jumlah Keseluruhan/Jumlah Bulan

Kaedah pengiraan :
Ada pelbagai kaedah penyelesaian. Bagi pelajar yang pintar, boleh memilih kaedah pengiraan pantas. Tetapi bagi pelajar yang sederhana dan lemah boleh guna kaedah pengiraan yang panjang tetapi dapat menghasilkan jawapan yang tepat dan betul.


Langkah 1 : Kira Jumlah Pendapatan setahun

Jan 5300
Feb 5300
Mac 5300
Apr 5800
Mei 5800
Jun 5800
Jul 5800
Ogos 5800
Sept 5800
Okt 6200
Nov 6200
Dec 6200
JUMLAH 69300


Langkah 2 : Kira PURATA

= 69300/12 bulan
= 5775






Masa yg diperlukan untuk menyiapkan satu soalan mengikut jenis soalan adalah spt yg berikut :

Jenis soalan Masa yg diperlukan
Kualitatif
kuantitatif
15 minit
30 minit

            Berapa harikah yang diperlukan oleh En Ali untuk menyiapkan 40 soalan kualitatif dan 20 soalan kuantitatif.

Jenis soalan
Masa yg diperlukan menyiapkan satu soalan
Jumlah soalan
Masa yg diperlukan
Kualitatif
15 minit
40
600 minit
kuantitatif
30 minit
20
600 minit



             

           

Jumlah masa = 1200 minit

Masa yang diuntukkan sehari =120 minit

1200 = 10 hari
120

Tiada ulasan:

Catat Ulasan