Note untuk hari ini

Sabtu, 22 Oktober 2011

GRAF BAR STPM


Pengenalan
Graf bar digunakan untuk menunjukkan data statistik dengan lebih jelas dan mudah.
Graf bar sesuai digunakan  untuk membuat perbandingan atau melihat perubahan sesuatu pembolehubah dalam sesuatu tempoh masa dengan jelas.

Terdapat  4 jenis graf bar (STPM) iaitu :
1.graf bar kompaun/histogram
2.graf bar komponen
3.graf bar memesong/cermin.
4.Graf bar piramid


Kaedah mengenal pasti media
Menunjukkan bilangan/kuantiti/nilai mutlakgraf bar kompaun,histogram.
Contoh: Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan bagi perkhidmatan sosial dan ekonomi pada tahun 1998 hingga 2001.


Menunjukkan jumlah/komposisi/diterapkangraf bar komponen.
Contoh : Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah,  sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan jumlah kutipan hasil cukai tidak langsung Kerajaan Persekutuan pada tahun 2000 hingga 2005.

Menunjukkan perubahan positif dan negatifgraf bar memesong/cermin
Contoh : Berdasarkan maklumat yang diberikan di bawah, sediakan graf bar yang sesuai untuk membandingkan perubahan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia dan beberapa buah negara terpilih bagi tahun-tahun yang dinyatakan.

qMenunjukkan bilangan/jumlah kelahiran, jantina atau kumpulan etnik – Graf bar piramid.
Contoh:  Berdasarkan maklumat yang disediakan dalam petikan di bawah, sediakan sebuah graf bar yang sesuai untuk menunjukkan kelahiran hidup mengikut berat kelahiran, kumpulan etnik dan jantina di Semenanjung Malaysia pada tahun 2002.
Perkara yang wajib pelajar beri perhatian
qTajuk media mengandungi  negara, isu dan tahun
qPastikan pelajar menuliskan label yang mengandungi peratus, angka dan tahun pada paksi.
qLabel harus berada di bawah tajuk media
qSkala perlu ditulis sama ada dalam angka juta atau ribu di bawah label.
qPelajar yang silap menulis bilangan (0) bagi ribu atau juta akan mendapat markah rendah dan menjejaskan perolehan markah keseluruhan media.
qPelajar perlu tuliskan titik asas (0)
qPastikan kedudukan media dalam keadaan di tengah-tengah kertas graf.
qTulis persamaan skala di bawah media.
qPetunjuk perlu dibuat di bawah skala persamaan yan g ditulis.
qSumber mesti ditulis di bawah petunjuk dan diletakkan di bawah bahagian kanan.
qJangan lupa untuk membuat jadual secara lengkap untuk dihantar bersama-sama  media yang dilukis.