Note untuk hari ini

Sabtu, 15 Oktober 2011

KOLEKSI KARANGAN PERCUBAAN STPM DAN JAWAPAN


Pengenalan

Perpaduan sememangnya telah menjadi teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak negara mencapai kemerdekaan. Kerajaan telah memperkenalkan konsep1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat di negara ini. Sekolah merupakan antara institusi penting bagi merealisasikan hasrat ini.
Bil
Idea/Isi
Huraian



1
A. Kepentingan perpaduan

Menjadi sebuah negara merdeka



- Pelbagai ranjau dan duri yang telah dilalui oleh generasi
   terdahulu untuk menuntut kemerdekaan.
- Hasil perpaduan masyarakat ketika itu yang berganding
   bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak
   Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada
   Tanah Melayu.
- Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada 
   nenek moyang yang harus dikekalkan agar masyarakat
   kini dapat hidup harmonis tanpa campur tangan anasir
   luar.

2.
Mewujudkan semangat kekitaan dalam masyarakat
- Menggalakkan semangat kekitaan dan menghapuskan
   sikap mementingkan diri sendiri.
- Semangat ini akan mengelakkan berlaku permusuhan
   antara kaum.
- Akibatnya, wujudlah keharmonian antara kaum dan
   mengurangkan isu perkauman.

3.
Membangunkan ekonomi negara
- Menarik minat pelancong asing untuk mengenali
   dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia
   yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan
   harmonis di bawah satu bumbung.
- Perpaduan antara kaum berjaya melahirkan suasana yang
   harmonis.
- Menarik minat pelabur asing dan menggalakkan
   perkembangan industri pelancongan di negara ini.
- Kedua-dua kegiatan ini dapat menyediakan peluang
   pekerjaan dan seterusnya mengembangkan ekonomi  
   negara.

4.
Merealisasikan wawasan negara.
- Perpaduan dapat mengekalkan keharmonian dan
   kedamaian rakyat di Malaysia.
- Kedamaian dan kesejahteraan dapat mengelakkan
   berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham
   antara satu sama lain.
- Justeru, cabaran pertama dalam merealisasikan Wawasan
   2020 dapat diatasi.




5.
B. Cara-cara memupuk perpaduan di sekolah

Memantapkan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan



- Keseragaman sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan,
   pakaian seragam, sistem latihan guru dan bahasa
   pengantar.
- Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
   utama dalam sistem pendidikan kebangsaan, telah
   mewujudkan generasi daripada pelbagai etnik yang lebih
   memahami antara satu sama lain dan mengelakkan
   prasangka kaum.

6.
Aktiviti sekolah sebagai medium perpaduan
- Setiap subjek yang diajar di sekolah harus
   menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis.
- Pendedahan kepada nilai-nilai yang sama seperti
   perasaan kasih sayang, hormat menghormati, saling
   bantu membantu, berbudi bahasa, cintakan keamanan,
   bencikan kekejaman, jujur, bertanggungjawab dan
   sebagainya.
- Aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat yang
   disertai oleh kumpulan etnik membolehkan pelajar
   berinteraksi dan melaksanakan aktiviti-aktiviti bersama. 

7.
Pendemokrasian pendidikan
- Memastikan agar semua kaum dapat menikmati
   kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada
   mereka bersekolah di bandar atau di luar bandar /antara
   Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan.
- Pelajar-pelajar berhak untuk bersekolah di mana-mana
   sekolah di negara kita.
- Dengan ini sekolah dapat memupuk proses integrasi
   antara etnik.

8.
Pelaksanaan Sekolah Wawasan
- Sekolah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam
   satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan
   agama.
- Membolehkan pelajar-pelajar yang berlainan etnik
   menggunakan pelbagai kemudahan secara bersama.
- Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk
   mewujudkan perpaduan atau integrasi antara murid yang
   berlainan etnik dan agama.
- Melahirkan sifat toleransi, persefahaman yang tinggi dan
   menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua
   pelajar melalui perkongsian kemudahan sekolah dan
   pelaksanaan aktiviti.

9.
Pelaksanaan sekolah satu aliran
- Sistem yang menggunakan satu bahasa pengantar sahaja
   di sekolah.
- Tidak akan menghapuskan bahasa ibunda kaum-kaum  
   lain (dijadikan mata pelajaran elektif).
- Boleh bergaul secara meluas dan memahami budaya
   kaum-kaum lain.
- Semangat perkauman akan dapat dihapuskan.
- Pergaulan antara pelbagai etnik menjadikan mereka lebih
   bertoleransi antara satu sama lain.


Kesimpulan.
Kita seharusnya mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang diasaskan sebelum ini. Pendidikan merupakan medium terpenting bagi mewujudkan perpaduan antara etnik. Kegagalan sekolah dalam proses integrasi akan menyebabkan kegagalan integrasi dalam pendidikan di negara ini.

Jawapan : Mana-mana 2 + 2
So
alan 2

        Pengangkutan awam dapat menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengguna. Namun, masyarakat kita kurang berminat untuk menggunakan perkhidmatan ini.
Huraikan.

Skema Pemarkahan

Pendahuluan :
        Pengangkutan awam merujuk pada kenderaan perkhidmatan awam, yang digunakan untuk mengangkut penumpang, dan dibayar sejumlah wang tertentu sebagai perkhidmatan untuk sesuatu perjalanan. Kemudahan pengangkutan awam ini sangat baik tetapi kebanyakan masyarakat kita kurang berminat untuk menggunakannya.

Bil
Idea
Huraian


1.
A:  Kebaikan

Menjimatkan kos / perbelanjaan


- Harga tambang yang berpatutan, membolehkan
   pengguna pergi ke mana-mana destinasi dengan mudah.
- Tidak perlu membelanjakan wang untuk membeli bahan
   api / minyak, yang harganya semakin meningkat.
- Tidak perlu membayar tol dan bil parkir untuk bergerak
   dari satu tempat ke satu tempat.

2.
Mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas
- Perkhidmatan pengangkutan awam akan mengurangkan
   bilangan kenderaan persendirian terutamanya di bandar-
   bandar besar seperti Kuala Lumpur.
- Apabila masyarakat menggunakan pengangkutan awam
   dalam urusan seharian, mereka dapat mengurangkan
   jumlah kenderaan di jalan raya.
- Hal ini menyebabkan pergerakan trafik lebih lancar,
   terutama di bandar-bandar besar.

3.
Mengurangkan kadar kemalangan
- Pengurangan kenderaan di jalan raya, mengurangkan
   risiko kemalangan terutamanya semasa musim perayaan
   dan pada waktu puncak.
- Penggunaan pengangkutan awam, seperti bas, kereta
   api, LRT atau monorel, dapat meminimakan kes
   kemalangan di jalan raya.

4.
Mewujudkan interaksi sosial
- Masyarakat pelbagai kaum akan menaiki pengangkutan
   awam ke pelbagai destinasi.
- Interaksi sosial, secara tidak langsung akan berlaku
   sepanjang perjalanan itu.
- Penggunaan pengangkutan awam yang berterusan oleh
   masyarakat majmuk di negara kita, sudah tentu dapat
   mengeratkan silaturahim.



5.
B. Punca

Mutu perkhidmatan yang tidak memuaskan


- Sesetengah pemandu  pengangkutan awam tidak  
   mematuhi jadual perjalanan menyebabkan pengguna
   sukar untuk merancang dan menjangka tempoh
   perjalanan yang bakal dihadapi oleh mereka.
- Hal ini menyebabkan mereka tidak mahu menanggung
   risiko untuk sampai lewat ke tempat kerja atau ke mana-
   mana destinasi.
- Bilangan penumpang yang terlalu ramai, menimbulkan
   kesesakan dalam bas dan monorel, menyebabkan
   penumpang tidak selesa.
- Kekerapan jadual perjalanan bas yang terlalu lama, tiada
   kemudahan penyaman udara atau rosak, kusyen yang
   rosak, menyebabkan pengguna tidak selesa dan enggan
   menggunakan perkhidmatan awam.

6.
Sistem aliran pengangkutan awam tidak bersepadu
- Rangkaian pengangkutan awam di negara kita terdiri
  daripada pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren
  Ringan (LRT) dan monorel
- Penumpang terpaksa bergerak ke stesyen yang lain untuk
   meneruskan perjalanan.
- Hal ini menyukarkan penumpang terutamanya warga tua
   dan orang kelainan upaya (OKU).

7.
Risiko menjadi mangsa jenayah
- Sikap sesetengah penumpang lelaki dan segelintir
   pemandu bas atau teksi yang tidak sopan, dan
   keterlaluan, sehingga melakukan pelbagai jenis jenayah
   seksual, menyebabkan golongan wanita takut atau
   trauma untuk menggunakan pengangkutan awam.
- Wujud aktiviti ’seluk saku’ dalam kalangan penumpang.

8.
Sikap negatif masyarakat
- Sesetengah masyarakat menganggap mereka yang
   menggunakan perkhidmatan ini berstatus rendah, tidak
   berkemampuan atau miskin.
- Hal ini menyebabkan mereka malu untuk menggunakan
   pengangkutan awam.


Kesimpulan
         Penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam menyumbang banyak manfaat. Oleh itu, masyarakat digalakkan mengguna pengangkutan awam.

Pilihan Jawapan : Mana-mana 2 + 2

Bahagian B
Soalan 3
          Air banjir mengandungi bahan toksik, najis haiwan dan manusia yang mewujudkan pelbagai penyakit berjangkit. Jelaskan bagaimana air banjir menjadi punca  penyakit berjangkit tersebut dan langkah yang perlu diambil untuk mengawalnya.
Skema pemarkahan

Pengenalan
           Kejadian banjir yang seringkali melanda negara banyak mengundang pelbagai masalah dan risiko kepada penduduk setempat. Masalah kekurangan bekalan air bersih dan makanan merupakan satu isu penting pada musim banjir dan manusia terdedah kepada pelbagai penyakit berjangkit.

Bil
Idea/Isi
Huraian


1.
A :  Punca

Sumber air yang tercemar


- Apabila banjir, air akan menenggelami seluruh muka bumi
   termasuklah tempat peliharaan haiwan dan kumbahan.
- Air banjir yang dicemari dengan pelbagai kotoran
   membawa bermacam-macam kuman air terutamanya 
   virus dan bakteria yang boleh disebarkan melalui air,
   makanan dan pembawa penyakit.
- Semasa banjir, penyakit berjangkit bawaan virus dan
   bakteria ini terus meningkat kerana masalah kebersihan
   seperti kekurangan kemudahan tempat membuang air,  
   kebersihan diri dan makanan. Contohnya: Penyakit
   Diarrhoeal (cirit-birit), Demam Kepialu, Taun (Kolera)
   dan Hepatitis A dan E.

2.
Urin spesies haiwan,
cth : tikus
- Banjir boleh memberikan kesan kepada ekologi
   sesetengah spesies dan mengubah cara pemindahan asal
   penyakit.
- Peningkatan hujan serta banjir di kawasan tertentu, akan
   meningkatkan jumlah komuniti tikus.
- Leptrospirosis merupakan satu jenis penyakit disebabkan
   oleh haiwan yang mempunyai bakteria patogen yang
   dipindahkan melalui urin binatang kepada manusia.
- Urin ini boleh memasuki badan manusia melalui kulit atau
   air minuman yang tercemar.
- Patogen akan memasuki sistem peredaran darah dan
   mengganggu fungsi buah pinggang dan urin manusia.
   Contohnya: Hantavirus (HPS), Leptrospirosis

3.
Peningkatan kelembapan tanah
- Air banjir menyebabkan tahap kelembapan tanah
   meningkat.
- Tanah yang dicemari oleh banjir meningkatkan
   penghasilan telur-telur cacing.
- Cacing parasit dan telur-telurnya amat mudah memasuki
   badan manusia dengan menembusi kulit dan seterusnya
   menyerang darah dan hati.
- Pemindahan penyakit daripada cacing kepada manusia
   dianggap lengkap kitarannya apabila cacing tersebut
   menyerang air kencing dan najis manusia serta terus
   berjangkit kepada individu lain melalui telur cacing yang
   terdapat dalam air kencing dan najis di kalangan individu
   yang telah dijangkiti. Contohnya: Schistosomiasis

4.
Air banjir yang bertakung
- Selepas kejadian banjir, banyak kawasan yang rendah
   ditakungi air.
- Kawasan yang bertakung merupakan kawasan yang sesuai
   untuk pembiakan nyamuk tiruk yang menyebabkan
   demam Malaria.
- Malaria merupakan penyakit parasit yang dipindahkan
   melalui gigitan nyamuk betina ke dalam aliran darah dari
   seorang manusia ke manusia lain.



4.
B :  Langkah

Penjagaan kebersihan semasa banjir


- Membasuh tangan dengan sabun dan air yang bersih
   sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan,
   selepas ke tandas, selepas membuat aktiviti pembersihan
   dan selepas menyentuh barang-barang yang dicemari oleh
   air banjir .
- Menggunakan air bersih dan terawat bagi aktiviti harian.

5.
Persediaan makanan yang bersih dan selamat
- Makan makanan yang bersih dan selamat sahaja.
- Masak makanan hingga sempurna dan simpan di dalam
   bekas yang bersih dan bertutup.
- Makan sebaik sahaja makanan siap dimasak dan jangan
   menyimpan makanan yang telah dimasak lebih dari 4 jam.
- Elakkan daripada memakan makanan mentah yang tidak
   dibasuh atau terendam dalam air banjir.

6.
Menggunakan air yang bersih dan dirawat
- Masak air hingga mencapai takat didih (dibiarkan
   mendidih 2 hingga 3 minit).
- Gunakan klorin untuk merawat air (mengikut sukatan yang
   ditetapkan).

7.
Rawatan awal
- Mengenal pasti punca dan gejala jangkitan kuman supaya
   boleh mendapatkan rawatan awal serta mengelakkan
   penyebaran kuman kepada orang lain.
- Mendapatkan rawatan segera, jika terdapat tanda-tanda
   awal.


Kesimpulan
     Kejadian banjir merupakan suatu bencana alam yang banyak meninggalkan impak negatif kepada penduduk di kawasan yang terlibat. Kejadian banjir sebenarnya banyak mengundang risiko penyakit berjangkit yang boleh berpunca daripada pelbagai sumber seperti virus, bakteria, nyamuk, cacing dan tikus. Bagi menghindari diri daripada penyakit berjangkit ini, aspek kebersihan perlu dititikberatkan dalam setiap tindakan seharian terutamanya pada musim banjir.

Pilihan Jawapan :  Mana-mana 2 + 2

Nota : 
1. Pelajar mesti menulis “air banjir” sekurang-kurangnya sekali dalam isi yang ditulis.
2. Jika tiada “air banjir” di mana-mana  -  menyeleweng ( 01 markah )

Soalan 4
      Tabiat pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan pengambilan makanan suplemen sangat penting. Namun begitu, pengambilannya tanpa rujukan pakar kesihatan, mungkin memberi risiko kepada kesihatan badan. Bincangkan.

Skema pemarkahan

Pendahuluan
      Pengambilan makanan suplemen semakin popular dewasa ini. Walau bagaimanapun pengambilannya tanpa rujukan pakar  boleh memberi impak negatif.

Bil
Idea / Isi
Huraian


1.
 A : Kepentingan

Untuk memulihkan / merawat penyakit




- Pesakit barah memerlukan makanan yang mempunyai
   fiber tinggi.
- Badan pesakit goiter kurang berupaya untuk menyerap
   khasiat makanan laut. Jadi makanan suplemen yang kaya
   dengan iodin penting.
- Penyakit hipertensi juga boleh dikawal dengan cepat
   apabila mengambil makanan suplemen seperti Ling Zhi.
- Penghidap Beri-Beri, digalakkan untuk mengambil
   suplemen vitamin B.

2.
Mengekalkan kesihatan
- Kesibukan bekerja / kesuntukan masa, menyebabkan
   individu tiada masa untuk menyediakan makanan
   seimbang mengakibatkan kekurangan zat makanan .
- Kita memerlukan pelbagai jenis nutrien seperti vitamin,
   serat dan mineral, untuk mengekalkan kesihatan.
- Oleh itu, makanan suplemen diperlukan sebagai 
   pelengkap kepada pemakanan harian.
- Membantu merawat kulit yang bermasalah seperti kulit
   kering, berkedut  (penggunaan krim atau pil).
- Mengurangkan kolestrol dalam darah dan melangsingkan
   badan atau menambahkan berat badan, dengan
   mengambil pil atau susu formula.

3.
Menjamin tumbesaran normal dalam kalangan kanak-kanak
- Kanak-kanak kurang selera makan wajar mengambil
   makanan suplemen untuk menjamin tumbesaran mereka
   secara normal.
- Pengambilan multivitamin dan susu tepung formula,
   menjamin tumbesaran sel-sel otak kanak-kanak dan
   meningkatkan kecerdasan otak .
- Pengambilan kalsium yang mencukupi dapat membina
   tulang yang kuat dan mengelakkan osteoporosis serta
   kadar kehilangan jisim tulang.
- Kanak-kanak yang tidak gemar makan sayur-sayuran
   juga, dapat menampung kekurangan serat, untuk
   memudahkan proses penghadaman, dengan mengambil
   makanan suplemen seperti spirulina sama ada dalam
   bentuk tablet atau cecair.

4.
Meningkatkan imunisasi
- Pengambilan makanan suplemen seperti vitamin C,
   vitamin B6,dan vitamin B2, dapat meningkatkan lagi
   antibodi, daripada selesema atau jangkitan penyakit lain.
- Makanan suplemen seperti fiber dan spirulina, dapat
   membersihkan sisa dan toksid, dengan mewujudkan
   bakteria sihat dalam kolon.
- Dengan ini daya tahan penyakit seseorang akan
   meningkat.



5.
B : Kesan sampingan

Keracunan


- Makanan suplemen yang mengandungi garam mineral
   berlebihan boleh menyebabkan keracunan seperti cirit-
   birit, sakit kepala dan muntah.
- Makanan suplemen yang dikatakan menyingkirkan
   toksid, menyebabkan pertambahan sisa toksid dan
   berbahaya kepada kesihatan.
- Pengambilan makanan suplemen yang tidak mengikut
   dos, seperti mengambil pil pelangsing yang berlebihan,
   menyebabkan pengguna mengalami muntah-muntah,
   akibat kandungan bahan kimia yang berlebihan.

6.
Kerosakan organ
- Pengambilan melebihi dos yang disyorkan, boleh
   menyebabkan kerosakan pada sistem saraf dan organ.
   Contohnya, pengambilan ubat penenang yang 
   berlebihan, mendatangkan kesan buruk pada sistem
   saraf otak.
- Makanan suplemen seperti kalsium, vitamin C dan zat
   besi, yang berlebihan, akan memberi kesan biarpun
   dalam jangka masa pendek. Menyebabkan penyakit
   batu karang dan kerosakan hati. 

7.
Alahan
- Pengambilan pil-pil vitamin atau krim kulit yang tidak
   sesuai dengan pengguna, boleh menyebabkan  kulit
   kemerah-merahan, ruam, kulit mengelupas, bintik-bintik
   merah dan kegatalan.

8.
Risiko kepada kanak-kanak
- Pengambilan makanan suplemen secara berlebihan,
   seperti multivitamin, tanpa mengikut dos menyebabkan
   tumbesaran kanak-kanak juga akan terjejas.
- Dos vitamin yang tinggi (melebihi RDA), dianggap
   sebagai ubat, bukannya suplemen.
- Makanan suplemen yang mengandungi EPA, cth: omega
   yang tinggi, meningkatkan tahap kecairan darah,
   menyebabkan pendarahan sukar dihentikan.
- Makanan suplemen ini juga menyebabkan lebihan
   nutrien, mengakibatkan masalah obesiti. 
- Makanan suplemen yang tidak sesuai dengan umur, akan
   menyebabkan sakit kepala yang melampau dan
   muntah-muntah.

9.
Risiko kepada ibu yang mengandung

- Pengambilan makanan suplemen yang tidak sesuai,
   seperti vitamin  dan susu tepung formula, boleh
   memudaratkan kesihatan ibu dan janin.
- Kandungan melamin dalam susu, menjejaskan
   perkembangan janin, pembentukan otak dan fizikal janin
   menyebabkan kecacatan.


Kesimpulan
      Makanan suplemen penting untuk melengkapkan  gizi makanan kita seharian. Namun begitu, dapatkan nasihat daripada dietetik untuk mengelakkan berlakunya kesan sampingan akibat pengambilan makanan ini.

Pilihan Jawapan : Mana-mana 2 + 2




Tiada ulasan:

Catat Ulasan